Tuesday, December 21, 2010


Farahin (tengah) semasa menyertai pertandingan kuiz sempena Medicophilic Week 2010
alhamduLILLAH.. johan.


Farahin (kedua dari kanan) semasa menjadi panel jemputan forum 'GLOW WITH FLOW'

_Nukilan Hati Seorang Pejuang_

Bismillahirrahmanirrahim..

Ya ALLAH, yang MAHA mengetahui..
BagiMU pengetahuan segala yang di langit dan di bumi..
Engkau mengetahui yang hak dan yang batil...
Engkau mengetahui yang zahir dan yang batin...
Engkau mengetahui yang terbaik dan yang kurang baik...

Andai kenaikanku ya ALLAH, yang terbaik..
Maka naikkanlah aku menjadi pemimpin di atas sana..
Andai bukan sebegitu ya ALLAH,
Maka jauhkanlah aku dari menzalimi ummat ini...

Telah menjadi impianku ya ALLAH,
Untuk berjuang di jalanMU..
Telah menjadi cita tertinggi ku ya ALLAH,
Untuk shahid di sisiMU...

Andai inilah jalan yang kau pilihkan untukku,
Andai inilah masa yang terbaik untuk aku menurutinya,
Maka tidak akan ku ragu lagi...
Ku sahut seruanMU ya ALLAH...
untuk menjadi AJKT.


_farahin_
TINGKAT KEBERSAMAAN AHLI
TENAGA JADI SINERGI
TRANSFORMASI DIREALISASI

Kenali Calon Pilihan Kita

Calon AJKT anda semua, Nur Farahin Binti Mat Tarmizi...

Seorang yang macho lagi berkaliber!!

Bekas pelajar KISAS,

Antara penglibatan beliau:-

PERUBATAN
~ajk Perhubungan dan TTK sambutan AIDILADHA
~ajk Disiplin dan Protokol LIFE
~EKsekutif dokumentasi Mesyuarat Tahunan Kaherah
~kartunis Biro Penerangan dan Penerbitan
~penolong Ketua Batch Geno9 Cairo universiti 2010/2011
~timbalan mentor sc tahun 1 PERUBATAN
~sha'ah sister B-Home Perubatan
~pembimbing rakan sebaya KISAS
~ajk jawatankuasa pilihan raya (MT Geno9), Gala Dinner Geno9

PENCAPAIAN

~tahun 1 cairo u-MUMTAZ
~Anugerah Ikon Batch, Gala Dinner Gen09 2010
~Juara Kuiz Medicophilic Week Perubatan 2

Sifat2 Diri:
Mesra dengan semua orang,
Artistik dan Kreatif,
Pantas bekerja,
Bijak mengawal masa dan emosi,
Seorang yang tidak lokek dalam berkongsi ilmu.

Manifesto:
"Tingkat Kebersamaan Ahli, Tenaga Jadi Sinergi, Transformasi Direalisasi"

Apa lagi? Undilah calon anda. Buatlah pilihan bijak pada 24 Disember nanti!! :) V

Monday, December 20, 2010

_A New Look_

Sekilas pandang





Nur Farahin bt Mat Tarmizi

Tahun 2 , Universiti Kaherah


Pendidikan :

  • Taman Didikan Kanak-kanak (Tadika) Felda Hutan Percha,Alor Gajah,Melaka
  • Sekolah Kebangsaan Felda Hutan Percha,Alor Gajah,Melaka
  • Sekolah Kebangsaan Sri Langat ,Banting,Selangor
  • Sekolah Kebangsaan Putrajaya (1), Presint 8, Putrajaya
  • SMKA Maahad Hamidiah, Kajang , Selangor
  • Kolej Islam Sultan Alam Shah(KISAS),Klang,Selangor
  • International Education Center(INTEC),Shah Alam,Selangor
  • Kasr-El-Ainy Medical School,Cairo University,Egypt
Pencapaian :
  • SPM : 7A1,4A2
  • 1st year : MUMTAZ
Tokoh yang disegani :
  • Baginda Rasulullah s.a.w
  • Sultan Muhammad Al-Fatih
Kenapa mahu menjadi AJKT PERUBATAN :
  • ingin berbakti untuk ummat dan berjuang sebagai tentera ALLAH di akhir zaman
Transformasi yang akan dijana insyaALLAH :
  • memperkasa Majlis Ketua Batch di setiap universiti kuliah sains kesihatan seluruh Mesir
  • memastikan seluruh warga Sains Kesihatan di Mesir mandapat perhatian, manfaat dan nikmat menjadi ahli PERUBATAN
  • meningkatkan kebersamaan ahli PERUBATAN agar kita sedia bekerja untuk ummah dan tenaga kita menjadi sinergi
  • memperkemas sistem pentadbiran sedia ada dan strategi ke arah merealisasikan transformasi PERUBATAN
Kenapa kalian perlu menyokong saya?
  • kerana saya mampu berubah dan melakukan PERUBAHAN ke arah mencapai matlamat kita yang sama sebagai persatuan yang berpegangkan Al-Quran dan As-Sunnah ( Perlembagaan Fasal IV)